Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,
Saya seorang suami dan bapa kepada 4 orang anak yang masih kecil. Seperti anda saya insan biasa yang masih mencari jalan terbaik untuk masa depan keluarga saya dan anak-anak saya khususnya.
Blog ini adalah jurnal dan juga perkongsian saya kepada masyarakat. Semoga apa yang tertulis disini dapat dimanfaatkan oleh anda dan sekalian pembaca. Memberikan anda perkongsian ilmu dan juga inspirasi kepada kehidupan yang lebih baik.
Secebis tentang peribadi penulis blog
Nama sebenar ialah Fakhrul Anwar Bin Osman. Saya berasal dari Perlis, negeri paling utara di semenanjung Malaysia. Dilahirkan pada Oktober 1983 menjadikan saya seorang Libra yang adil dan saksama.
Ketika artikel pengenalan diri ini ditulis saya berumur 36 tahun dan sudah mempunyai 4 orang anak dan baru seorang isteri (ehemm). Misi saya adalah untuk membina masa depan yang terbaik untuk 2 anak perempuan dan 2 anak lelaki saya. Mereka adalah keutamaan saya sebagai seorang bapa.
Sebagai seorang suami, semestinya saya sentiasa menjadikan isteri saya sebagai penyokong nombor 1 dalam setiap perancangan keluarga dan kewangan. Isteri saya seorang yang sangat kuat dan bersemangat waja, membantu saya dalam segala hal di dalam kemampuannya.
Beliau telah bersama saya sejak mula perkenalan kami tahun 2001 di Batu Pahat, Johor hingga sekarang. Daripada saya seorang pelajar yang miskin, kepada saya jejaka hensem yang punyai bisnes sendiri, kepada saya yang tiada kerja akibat kegawatan ekonomi, kepada saya seorang penjawat awam bergaji rendah dan kini kepada saya seorang Public Gold Business Owner.
Beliaulah tulang belakang yang memberi saya kekuatan. Beliau isteri saya.
Sebagai seorang anak, setiap kita dilahirkan kedunia ini dengan ibu dan bapa. Misi saya adalah untuk memberi sebanyak mungkin kesenangan dan bakti kepada ibu dan bapa saya. Mereka kini adalah pesara kerajaan yang sentiasa sibuk setiap hari.
Dalam kesibukan mereka sentiasa punyai masa untuk melihat dan membantu anak-anak yang masih tercari-cari jalan kehidupan. Ibu dan bapa saya mempunyai tempat yang sangat spesial dalam hati saya. Terima kasih kerana membesarkan saya dengan didikan yang terbaik.
Doakan anakmu ini beroleh kejayaan dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
Follow saya di Media Sosial
Sejak tahun 2018, saya sangat aktif memperkenalkan produk emas fizikal Public Gold sebagai satu instrumen kewangan yang patut ada dalam portfolio anda.
Hal ini kerana saya telah menggunakan emas fizikal Public Gold sebagai alat kewangan untuk mengawal boros dan elak belanja bocor sejak Januari 2016 lagi.
Banyak kelebihan emas fizikal yang telah saya faham dan alami sendiri membuatkan saya sangat terpanggil untuk berkongsi dengan anda. Semoga anda terinspirasi dan mendapat manfaat dengan artikel dalam blog ini.
Saya doakan anda sentiasa beroleh kejayaan dan dilimpahi rezeki yang luas kurniaan Allah SWT. Aamiin.
Follow saya di media sosial seperti;
Facebook
Instagram
LinkedIn
Youtube
Fakhrul Anwar Osman
Public Gold Business Owner
Kod pengenalan : PG00066136
Kangar, Perlis, Malaysia.